Sarapan Ini Boleh Bantu Kuruskan Badan

Ramai orang kurang ambil berat untuk ambil sarapan pagi. Sarapan sangat penting untung cara hidup sihat. Lebih lebih lagi kehidupan di kota. Seawal pagi sudah keluar ke tempat kerja. Ada yang sempat sarapan ada yang tak sempat untuk sarapan.

Istilah “BRUNCH” sangat popular dikalangan rakyat Malaysia lebih lagi orang yang berkerjaya. Mereka menggabungkan masa makan pagi dan makan tengah hari dalam waktu makan tengah hari atau LUNCH.

Kenapa sarapan penting untuk turun berat badan?

Sarapan sangat penting dalam proses penurunan berat badan. Ingat lagi istilah BRUNCH. Orang yang tidak mengambil sarapan akan makan dengan kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari atau kita akan“OVEREATING”.

Sarapan sangat penting untuk energy booster kita sepanjang hari. Lebih lagi kita sudah berlapar sepanjang malam. Sebab itu dimakan BREAKFASTatau BREAK THE FASTING. Cuba bayangkan kalau badan kita umpama kereta. Tangki dah kosong sepanjang malam, bangun pagi terus gunakan balik. Tangki kosong kereta berhenti. Badan kita pun lebih kurang sama. Apabila perut kosong , semua aktivit terpaksa dihentikan.

Sarapan sangat membantu dalam pengurusan berat badan. Ada kajian membezakan orang yang mengambil sarapan pagi kurang risiko obesiti berbanding mereka yang “skip breakfast” atau tidak mengambil sarapan pagi. Sarapan juga dipercayai untuk menurunkan kadar diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Sarapan yang betul boleh membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Peningkatan kadar metabolisme sangat membantu untuk turunkan berat badan.

Akan tetapi ,sarapan masih bergantung dengan jenis makanan apa yang kita ambil. Pernah atau tidak alami situasi bergini, kita bersarapan dengan nasi lemak, sebelum tengah hari dah rasa lemah, mengantuk ada yang tertido lagi. Ini adalah sebab pilihan sarapan yang kurang tepat untuk cara hidup yang sihat.

 

Apakah sarapan yang biasa kita amalkan ?


Sarapan di Malaysia

Malaysia sangat terkenal dengan aneka makanan lebih lagi hidup berbilang bangsa terutama bab senaman. Nasi lemak makanan yang paling disukai ramai tidak kira mana bangsa. Antara makanan biasa yang kira makan selain nasi lemak adalah roti canai dan kuih muih untuk sarapan.

Tak salah nak makan nasi lemak tapi jangan amalkan selalu terutama dalam proses turunkan berat badan. Nasi lemak, roti canai dan kuih muih bukan makanan yang bagus untuk kita mulakan hari kita. Makanan ini mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dan lemak yang tinggi. Makanan yang mempunyai lemak yang tinggi dan karbohidrat yang tinggi.

 

Apakah sarapan yang sesuai untuk turun berat?

 

Sarapan yang sesuai semasa proses turun berat badan adalah sarapan berasaskan protein tinggi, karbohidrat yang tinggi, tinggi fiber

Sarapan dengan oat dan pisang antara contoh makanan yang bagus untuk sarapan. Pisang tinggi potassium manakala oat tinggi fiber. Oat dan pisang jugak dipercayai membantu meransang badan untuk menggunakan lemak sebagai tenaga.

Nilai kalori juga sangat penting dalam pemilihan sarapan pagi. Kalori rendah dan nutrisi tinggi sangat digalakkan dalam pengambilan sarapan. Bagi orang biasa disarankan tidak melebihi 300 kaloril untuk sarapan pagi. Bagi sesiapa yang setiap hari bersenam maksimum nilai kalori yang kita perlu ambil semasa sarapan adalah 350 kalori.

Sebagai contoh sarapan biasa rakyat Malaysia, sepinggan nasi lemak dengan lauk ayam sudah mencecah 500 kalori, sekeping roti canai dalam lingkungan 300 kalori, sekeping gorang pisang dalam 100 kalori, satu cawan teh tarik dalam 100 kalori. Purata nilai kalori yang kita ambil sewaktu makan pagi pun sudah 800 kalori ke 1000 kalori. Tidak mustahil satu hari nanti Malaysia merupakan salah satu negara yang terkenal dengan masalah obesiti.

Saya akan kongsi nilai kalori yang sesuai untuk kita dalam proses turunkan berat badan dalam topik akan datang.