Air merupakan salah satu sumber semulajadi yang paling kaya dan mudah didapati. Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Banyak meminum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, sirap bandung atau segala jenis minuman yang manis-manis.
Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, yang mana rupa fizikalnya dan rasanya adalah seperti air. Air apakah itu? Tentulah “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong” atau “Air Putih”. Bukan air manis ya.
adakah anda tahu bahawa dengan hanya minum air mengikut pelan air yang betul boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan?
Kenapa dan Bagaimana?
Pada kebanyakan masa, anda fikir yang anda rasa lapar, tetapi fakta sebenarnya adalah anda craving atau dahagakan air. Apabila anda mengambil satu hidangan dan menggantikan minum lebih air berbanding makanan, secara automatiknya anda akan kurang makan.
Dan juga, apabila anda tidak minum air yang cukup sewaktu makan, badan anda menyimpan makanan tersebut dan membuat badan anda merasa lebih berat dan kembung perut. Tetapi satu fakta yang pelik adalah apabila kita minum banyak air, badan kita tidak lagi perlu menyimpan makanan tersebut.
Dan meminum air yang banyak sebenarnya membantu anda untuk membakar kalori dalam badan bila mana anda dalam mood ‘berehat’ dan makanan tidak di proses untuk ditukar menjadi tenaga.
Beberapa kajian dijalankan dengan memantau orang-orang yang mengalami masalah lebihan berat badan yang minum 1 liter – 1.5 liter air setiap hari untuk beberapa minggu. Mereka mendapati pengurangan yang ketara dalam berat badan mereka, indeks jisim badan (BMI), ukur lilit pinggang dan lemak badan.
Mengapa Perlu Minum Air Putih Secukupnya?
Air berguna untuk menurunkan berat badan, kenapa kami katakan begitu? Kerana air tidak memiliki kalori, karbohidrat atau protein. Jadi bagi anda yang suka mengambil minuman yang berkalori tinggi seperti minuman bersoda, mocha, kopi atau teh dan air berkalori lainnya, kami mencadangkan agar anda menggantikan air berkalori kegemaran anda tersebut dengan air putih.
Air putih dapat juga menjaga JANTUNG agar lebih sihat. Seperti yang di kemukakan oleh American Journak of Epidemiology, meminum air putih lebih dari 8 gelas dalam sehari dapat mengurangkan 45% risiko terkena serangan jantung, ajaib bukan?
Air putih sangat membantu sistem pencernaan dalam tubuh dan sangat sesuai bagi anda yang selalu mengalami masalah sembelit.
Berikut adalah 5 langkah pengambilan air putih untuk membantu anda mengurangkan berat badan:
- Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi, minum 250ml air putih
- Satu jam kemudian, sebelum sarapan pagi, minum 250-500ml air
- Selepas setiap cawan kopi atau minuman teh, minum 100-200ml air
- 20 minit sebelum makan hidangan, minum 250-500ml air
- Dua jam sebelum masuk tidur, minum 300-600ml air
Jumlah kuantiti air diminum setiap hari adalah dalam kadar 1.2 liter – 2.4 liter
Kajian sains mendapati bahawa:
- 1 gelas air diminum sebaik bangun dari tidur – membantu pengaktifan organ dalaman
- 1 gelas air diminum selepas mandi – membantu mengurangkan tekanan darah rendah
- 1 gelas air diminum sebelum makan – membantu sistem penghadaman
- 1 gelas air di ambil sebelum tidur – mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam
Untuk beberapa hari pertama, anda akan ke tandas dengan kerap, tetapi lama kelamaan badan anda akan menyesuaikan diri.
Tak percaya ia betul-betul menjadi?
Cuba lah terlebih dahulu, baru tahu kan.